Rabu, 4 Mei 2011

Ubudiyyah Dan Khilafah Satu Tuntutan Untuk Mencari Redha Allah

Firman Allah SWT : Al Baqarah : Ayat 30 dan Al Zaariat : 56

Persoalan Khalifah dan ubudiyyah belum berakhir dalam menuju redha Allah dan mengejar redhanya. Pengisian ubudiyyah dan Khalifah adalah satu kerja besar dalam dakwah dan jihad dijalan Allah SWT. Dan inilah yang menjadi amalan dan tujuan rasaul rasul diutuskan.

Selain daripada itu aktiviti –aktiviti ibadah umum dan khusus semuanya bukanlah menjadi matlamat, tetapi ianya adalah menjadi bekalan dan wasilah semata –mata. Diantaranya Doa, Qiam, al Quraan, Solat , zikir dan sebagainya. Semuanya ini adalah jalan untuk pembersihan jiwa dan untuk membina hati yang suci, bersih murni dan jernih.Oleh itu hati dan jiwa kita hendahlah sentiasa suci, bersih, jernih ,dan murni dalam memikul tugas dan tangungjawab ubudiyyah dan tugas sebagai khalifah Allah SWT.

Firman Allah: Asy Syams : 9 dan 10.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan jiwanya dan celakalah orang yang membiarkan jiwanya kotor…

Tazkiah nafsiah untuk membersihkan jiwa ini mestilah melalui amalan –amalan:
Taubat, istiqafar, zikir, Doa, bacaan Al Quraan, Qiam, munajat, sedekah, derma dan sumbangan

Dengan ini mujahadah atau melawan nafsu menjadi agenda kewajipan yang utama sehinggalah nafsu tidak lagi memerintah diri kita.

Firman Allah SWT : Al Fajr : 27-30

“ Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah kedalam jamaah hamba –hambaku dan masuklah kedalam syurgaku”.

Hati yang tenang , jiwa yang bersih sahaja yang mendapat belaian dan kasih sayang Allah SWT. Ia mendapat belaian manja Allah dan Allah redha dan diredhainya.

Para daei hendaklah sentiasa meletakkan Allah sebagai Rabbnya dan sentiasa mencari redhanya sekaligus menjadi jiwa yang radiah mardiyyah.

Kita hendaklah sentiasa memiliki rasa izzah dan mulia dengan kerja –kerja dakwah dan jihad, kerana kita yakin jika kita meninggalkan jihad kita akan dihina….Roh jihad hendaklah sentiasa disemarakkan dalam jiwa ummmah ini supaya kita tidak menjadi ummah yang hina dina.

Menurut Al Banna

Jihad adalah salah satu daripada rukun baiah. Rukun yang dimana dakwah tidak mungkin hidup kerana tidak ada roh jihad.

Mujahid Islam Al Romi Isfahani menyatakan tentang jihad ialah:

1. Jihad adalah mujahadah melawan musuh yang nyata.
2. Jihad adalah mujahadah melawan syaitan
3. Jihad adalah mujahadah melawan nafsu.

Manakala Dr Ali Alim Mahmud menyatakan bahawa Jihad itu ialah kita memanggil dan menyeru manusia kepada deen yang sebenarnya., dengan menggunakan tangan dan lidah. Berjihadlah kamu terhadap orang kafir dengan tangan –tangan kamu dan lidah kamu.

Makna jihad yang lain ialah

1. Melawan kafir dan munafik.
2. Melawan dan menghadapi pendokong –pendokong kesesatan.
3. Melawan nafsu
4. Melawan syaitan
5. Menjaga hati supaya sentiasa berhubung dan dekat dengan Allah.

Jihad dan dakwah akan dapat dicapai kejayaanya apabila ada 3 perkara:

1. Dengan pengertian iman dan segala maknanya
2. Dengan Taqwa dan pengertiannya yang luas.
3. Dengan takarut / menghampiri diri kepada Allah melalui berbagai wasillah dan caranya.

Rujuk Al Maidah : 35.

“ Hai orang –orang yang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadanya, dan berjihadlah pada jalan Nya, supaya kamu mendapat keuntungan”.

Jihad yang mendasari 3 perkara utama, iaitu :

1)Beriman 
2) bertaqwa 
3) mencarai wasillah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jihad merangkumi semua tempat, semua orang, semua zaman dan semua keadaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan