Jumaat, 27 Mei 2011

PERSOALAN HATI DAN DIRI KITA

Marilah kita memerhatikan hati kita...bagaimana pengisiannya. Hendahlah kita insaf bahawa pengisian hati inilah yang paling diutamakan dari segala-galanya. Kalau jasad tubuh badan dan aqal diberi habuan dan keperluan serta ubatan ..tapi bagaimana soal hati. Bagaimana jagaan dan pengawalannya. Bagaimana untuk meningkatkan hati dan menjaganya supaya ianya terus subur ,sihat dan tidak berpenyakit.

Ingatlah hanya dengan hati inilah kita menjadi mukmin. Dengan hati inilah kita menjadi muslim. Dengan hati inilah juga kita menjadi rabbani. Dengan hati inilah kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita penuh keikhlasan demi menuntut keredhaanNYa.

Andainya hati ini tidak rabbani dan tidak beriman dan bertaqwa, maka ianya tidak bererti dalam hidup ini. Ianya menjadi masalah kepada pemiliknya. Oleh itu marilah kita sama –sama menjaga hati ini.

Rasullulah SAW pernah bersabda:

" Manusia itu dua matanya ibarat penunjuk, dua telinganya sebagai pemberi  isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tanganya sebagai sayap, dua kakinya ialah posmen, hatinya pula sebagi raja. Kalau raja baik maka baiklah bala tenteranya.”

TANDA TANDA HATI KITA MASIH HIDUP

Marilah diwaktu ini, dipertemuan ini kita masing –masing memerhatikan , mengambil berat dan mengawasi perkembangan hati –hati kita. Marilah kita menyemak  bagaimana hati ini, sama ada ia keras atau ianya lembut dan cukup sensitif dengan tanggungjawab terhadap ugama Allah SWT.

Marilah kita memerhati dan mencatat paras kepekaanya , dan seterusnya kita memastikan apakah hati ini masih hidup atau sudah mati?.

Antara tanda hati ini masih hidup ialah : ia masih bergetar dan teralun oleh zikru’Llah. Ia juga sensitif terhadap bacaan Al Quraan. Dan hati ini juga bertanggungjawab penuh terhadap ibadah dan amalannya. Keadaan ini selaras dengan Firman Allah SWT:

“ Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut “ Allah ”. gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah keimananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ”
( Surah Al Anfal : ayat 2 )

Dan

“ dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang tunduk patuh kepada Allah, iaitu mereka yang apabila disebut nama ALLah gementarlah hati mereka, mereka yang sabar terhadap apa yang menimpanya, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada apa yang kami rezekikan kepada mereka.
 ( Surah Al Haj: ayat 34 –35 )
 
Antara hati hati yang masih  hidup ialah :
  1. Kuatnya seseorang itu berpegang kepada Ugama
  2. Keberaniannya menyatakan yang hak/ yang benar.
  3. Tidak takut kecuali kepada Allah.
  4. Takut kepada Allah dan kemurkaanya.Ia menjauhkan diri dari segala yang diharamkan oleh Allah dan mengelak dari penderhakaan.
  5. Bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan.
  6. Bersifat tenang dalam menghadapi sebarang keadaan.
  7. Berlapang dada dan berpandangan jauh

Alhamdullilah,

Kita masih lagi berkesempatan berbicara tentang hati kita. Kita masih lagi sensitif dan peka untuk melihat hati kita dengan pandangan yang pernah diberikan oleh Rasullulah SAW dengan sabdanya:

“ Sesungguhnya dibumi Allah ini terdapat bejana –bejana iaitu hati-hati hambanya. Yang paling disayanginya ialah hati yang paling lembut, hati yang paling jernih , dan yang paling teguh. Kemudian Rasullullah menjelaskan lagi , Yang paling teguh berpegang kepada Agama. Yang paling jernih dalam keyakinannya dan yang paling lembut terhadap sahabatnya.”  

Sesungguhnya berlapang dada itu adalah satu daripada kurnia Allah. Sesungguhnya Nur Ilahi akan menerangi hati seseorang dan menjadikan dadanya lapang dan dia banyak bersabar.

Hatinya dijaga dan dijamu dengan santapan dan bekal ruhani sehingga hatinya menjadi rabbani, jernih dan cerah. Dirinya menjadi tenang dan dia sentiasa takut kepada Allah. Hatinya kini bersih dan subur. Setiap kesempatan dan peluang digunakan untuk berhubung dengan Allah dan  dia sentiasa dalam keadaan berzikir mencari kehebatan dan kebesaran Allah SWT.

Tidak dapat diragukan lagi bahawa ketenangan adalah sebab utama untuk hidup bahagia. Tetapi ketenangan hati tidak dapat dihasilkan oleh kekayaan, kemasyhuran dan kekuatan fizikal. Ketenangan hati hanya akan diperolehi dengan satu sumber iaitu iman kepada Allah dan Hari Akhirat.

LANGKAH –LANGKAH MENGHIDUPKAN HATI


1.ZIRU’LLAH

Marilah kita melaksanakan amalan zikru’llah , memerhati dan mengambil berat demi mengingati Allah. Marilah kita mengambil setiap saat kesempatan yang ada untuk berhubung dengan Allah dan mengingatinya.

Sesungguhnya RasulLullah telah meninggalkan zikir Al Mathurat untuk amalan kita.Ambil segala kesempatan dan setiap tindakan untuk mengingati Allah SWT supaya kita termasuk dikalangan Ulu’lAlbab sesuai dengan firman Allah :

“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda- tanda bagi orang –orang yang beraqal,( Ulu’l-Albab ), iaitu mereka yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan  tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ): “ Ya Rabbana! ( Tuhan kami ), tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, lantaran itu peliharalah kami dari ‘azab nerakaMu!”.
 ( Surah Ali-‘Imran : Ayat 190- 191 ).

Dengan mengingati Allah hati akan hidup segar dan jernih. Segala karat di hati akan hilang dan hati menjadi peka dan cukup sensitif. Tepat seperti yang dijelaskan oleh Rasulu’Llah:

“ Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikru’llah. Tidak ada perbuatan yang lebih  menyelamatkan seseorang dari ‘azab Allah lain dari zikru’llah. Sahabat bertanya: “ jihad fi-sabillah pun tidak boleh (menandinginya).” Jawab Rasulullah: “ Walaupun ia terus mencatas musuh dengan pedang sampai patah.” 

( Hadith riwayat oleh Al Baihaqi )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan