Jumaat, 27 Mei 2011

PERSOALAN HATI DAN DIRI KITA

Marilah kita memerhatikan hati kita...bagaimana pengisiannya. Hendahlah kita insaf bahawa pengisian hati inilah yang paling diutamakan dari segala-galanya. Kalau jasad tubuh badan dan aqal diberi habuan dan keperluan serta ubatan ..tapi bagaimana soal hati. Bagaimana jagaan dan pengawalannya. Bagaimana untuk meningkatkan hati dan menjaganya supaya ianya terus subur ,sihat dan tidak berpenyakit.

Ingatlah hanya dengan hati inilah kita menjadi mukmin. Dengan hati inilah kita menjadi muslim. Dengan hati inilah juga kita menjadi rabbani. Dengan hati inilah kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita penuh keikhlasan demi menuntut keredhaanNYa.

Andainya hati ini tidak rabbani dan tidak beriman dan bertaqwa, maka ianya tidak bererti dalam hidup ini. Ianya menjadi masalah kepada pemiliknya. Oleh itu marilah kita sama –sama menjaga hati ini.

Rasullulah SAW pernah bersabda:

" Manusia itu dua matanya ibarat penunjuk, dua telinganya sebagai pemberi  isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tanganya sebagai sayap, dua kakinya ialah posmen, hatinya pula sebagi raja. Kalau raja baik maka baiklah bala tenteranya.”

TANDA TANDA HATI KITA MASIH HIDUP

Marilah diwaktu ini, dipertemuan ini kita masing –masing memerhatikan , mengambil berat dan mengawasi perkembangan hati –hati kita. Marilah kita menyemak  bagaimana hati ini, sama ada ia keras atau ianya lembut dan cukup sensitif dengan tanggungjawab terhadap ugama Allah SWT.

Marilah kita memerhati dan mencatat paras kepekaanya , dan seterusnya kita memastikan apakah hati ini masih hidup atau sudah mati?.

Antara tanda hati ini masih hidup ialah : ia masih bergetar dan teralun oleh zikru’Llah. Ia juga sensitif terhadap bacaan Al Quraan. Dan hati ini juga bertanggungjawab penuh terhadap ibadah dan amalannya. Keadaan ini selaras dengan Firman Allah SWT:

“ Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut “ Allah ”. gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah keimananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ”
( Surah Al Anfal : ayat 2 )

Dan

“ dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang tunduk patuh kepada Allah, iaitu mereka yang apabila disebut nama ALLah gementarlah hati mereka, mereka yang sabar terhadap apa yang menimpanya, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada apa yang kami rezekikan kepada mereka.
 ( Surah Al Haj: ayat 34 –35 )
 
Antara hati hati yang masih  hidup ialah :
  1. Kuatnya seseorang itu berpegang kepada Ugama
  2. Keberaniannya menyatakan yang hak/ yang benar.
  3. Tidak takut kecuali kepada Allah.
  4. Takut kepada Allah dan kemurkaanya.Ia menjauhkan diri dari segala yang diharamkan oleh Allah dan mengelak dari penderhakaan.
  5. Bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan.
  6. Bersifat tenang dalam menghadapi sebarang keadaan.
  7. Berlapang dada dan berpandangan jauh

Alhamdullilah,

Kita masih lagi berkesempatan berbicara tentang hati kita. Kita masih lagi sensitif dan peka untuk melihat hati kita dengan pandangan yang pernah diberikan oleh Rasullulah SAW dengan sabdanya:

“ Sesungguhnya dibumi Allah ini terdapat bejana –bejana iaitu hati-hati hambanya. Yang paling disayanginya ialah hati yang paling lembut, hati yang paling jernih , dan yang paling teguh. Kemudian Rasullullah menjelaskan lagi , Yang paling teguh berpegang kepada Agama. Yang paling jernih dalam keyakinannya dan yang paling lembut terhadap sahabatnya.”  

Sesungguhnya berlapang dada itu adalah satu daripada kurnia Allah. Sesungguhnya Nur Ilahi akan menerangi hati seseorang dan menjadikan dadanya lapang dan dia banyak bersabar.

Hatinya dijaga dan dijamu dengan santapan dan bekal ruhani sehingga hatinya menjadi rabbani, jernih dan cerah. Dirinya menjadi tenang dan dia sentiasa takut kepada Allah. Hatinya kini bersih dan subur. Setiap kesempatan dan peluang digunakan untuk berhubung dengan Allah dan  dia sentiasa dalam keadaan berzikir mencari kehebatan dan kebesaran Allah SWT.

Tidak dapat diragukan lagi bahawa ketenangan adalah sebab utama untuk hidup bahagia. Tetapi ketenangan hati tidak dapat dihasilkan oleh kekayaan, kemasyhuran dan kekuatan fizikal. Ketenangan hati hanya akan diperolehi dengan satu sumber iaitu iman kepada Allah dan Hari Akhirat.

LANGKAH –LANGKAH MENGHIDUPKAN HATI


1.ZIRU’LLAH

Marilah kita melaksanakan amalan zikru’llah , memerhati dan mengambil berat demi mengingati Allah. Marilah kita mengambil setiap saat kesempatan yang ada untuk berhubung dengan Allah dan mengingatinya.

Sesungguhnya RasulLullah telah meninggalkan zikir Al Mathurat untuk amalan kita.Ambil segala kesempatan dan setiap tindakan untuk mengingati Allah SWT supaya kita termasuk dikalangan Ulu’lAlbab sesuai dengan firman Allah :

“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda- tanda bagi orang –orang yang beraqal,( Ulu’l-Albab ), iaitu mereka yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan  tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ): “ Ya Rabbana! ( Tuhan kami ), tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, lantaran itu peliharalah kami dari ‘azab nerakaMu!”.
 ( Surah Ali-‘Imran : Ayat 190- 191 ).

Dengan mengingati Allah hati akan hidup segar dan jernih. Segala karat di hati akan hilang dan hati menjadi peka dan cukup sensitif. Tepat seperti yang dijelaskan oleh Rasulu’Llah:

“ Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikru’llah. Tidak ada perbuatan yang lebih  menyelamatkan seseorang dari ‘azab Allah lain dari zikru’llah. Sahabat bertanya: “ jihad fi-sabillah pun tidak boleh (menandinginya).” Jawab Rasulullah: “ Walaupun ia terus mencatas musuh dengan pedang sampai patah.” 

( Hadith riwayat oleh Al Baihaqi )


Khamis, 5 Mei 2011

KENANGAN MISI KEMANUSIAAN PADANG INDONESIA

Bersama sukarelawan HALUAN Misi kemanusiaan Padang
Kesan peninggalan gempa bumi menunjukkan kekuasaan Allah SWT  yang mengekalkan mimbar tempat dimana disebut nama Allah


Khemah mangsa gempa bumi, disinilah mereka tinggal dan hidup.

CATATAN DARI HALUAN KELANTAN

Wahai Para Da’i Islam!

Carilah kematian niscaya anda akan dikurniai kehidupan. Janganlah anda sampai tertipu oleh angan-angan kalian. Janganlah anda sampai tertipu oleh buku-buku yang anda baca dan amalan-amalan sunnah yang anda lakukan sehingga anda melupakan kewajiban besar.

Wahai Para Ulama Islam!

Majulah kalian untuk memimpin generasi yang ingin kembali kepada Rabb-nya ini. Janganlah kalian cenderung kepada kehidupan dunia.

Wahai Kaum Muslimin!
Telah lama kalian tidur nyenyak, sehingga kerosakan bermaharajalela di negeri kalian.


Wahai Kaum Wanita!
Jauhilah kehidupan mewah dan megah kerana kemewahan itu musuh disamping akan merosak jiwa manusia. Hindarilah barang-barang yang tidak terlalu penting dan cukupkanlah dengan keperluan-keperluan primer. Binalah anak-anak kalian untuk menjadi orang yang berani dan siap berjihad.

Tanamkanlah pada jiwa anak-anak kalian cinta Jihad dan perjuangan. Hiduplah dengan penuh perhatian terhadap permasalahan kaum Muslimin. Biasakanlah paling tidak sehari dalam sebulan kehidupan dengan mengikuti kehidupan kaum Muhajirin dan Mujahidin yang hanya memakan sekerat roti kering dan beberapa teguk air.



Wahai Anak-Anak!
Jauhkanlah diri kalian dari bualan lagu-lagu dan muzik-muzik orang-orang pecinta nafsu. Jauhkanlah punggung kalian dari pengaruh orang-orang yang hidup bermewah-mewahan.

Wahai Ummu Muhammad! (Istri Abdullah Azzam)
Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan kepadaku dan kepada kaum Muslimin.
Engkau telah bersabar hidup bersamaku setelah sekian lama merasakan manis pahitnya kehidupan. Engkau telah memberikan dukungan yang sangat berarti bagiku untuk berjalan di atas perjalanan yang penuh berkah ini dalam berjuang di medan Jihad.
Ke atas pundakmulah aku serahkan tanggung jawab keluarga pada tahun 1969, ketika kita baru mempunyai dua anak dan seorang bayi. Engkau hidup dalam sebuah kamar kecil yang terbuat dari tanah liat, tanpa dapur dan alat pemanas (untuk menghadapi musim dingin).

Kemudian aku serahkan ke atas pundakmu segala urusan rumah tangga ketika beban semakin berat, keluarga semakin bertambah, anak-anak bertambah besar dan tamu-tamu bertambah ramai, tetapi engkau tetap tabah menghadapi semuanya.

Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan sebanyak-banyaknya atas apa yang telah engkau lakukan untukku.
Sesungguhnya kehidupan jihad adalah kehidupan yang paling lazat. Kesabaran menghadapi kesulitan lebih manis daripada hidup bergemilang kemewahan dan kemegahan.
Pertahankanlah hidup zuhud niscaya Allah mencintaimu, dan janganlah engkau menginginkan apa yang ada di tangan orang lain, niscaya mereka akan mencintaimu.
Al-Quran adalah kenikmatan dan teman hidup. Bangun malam, shiam sunnah dan istighfar di waktu pagi akan membuat hati menjadi bersih dan menjadikan engkau merasakan manisnya ibadah.
Bertemanlah dengan wanita-wanita shalihah, tidak berambisi kepada kehidupan dunia dan menjauhi kemewahan dan cinta dunia, akan memberikan ketenangan hati.
Semoga Allah mempertemukan dan menghimpun kita di Surga Firdaus, sebagaimana Allah menghimpun kita di dunia.



Wahai Kalian Anak-Anakku!
Sesungguhnya kalian tidak mendapatkan perhatianku kecuali sedikit. Kalian tidak memperoleh pembinaan dariku kecuali sedikit. Ya, aku tidak memberikan perhatian kepada kalian.
Tetapi apa yang dapat aku lakukan sementara malapetaka terhadap kaum Muslimin membuat orang hamil melahirkan kandungannya dan musibah yang menimpa Umat Islam membuat rambut bayi-bayi beruban.
Demi Allah, aku tidak kuasa hidup tenang sementara api malapetaka membakar hati kaum Muslimin.
Aku tidak rela hidup di tengah-tengah kalian menikmati hidangan lazat. Demi Allah, sejak dulu aku membenci kemewahan, baik dalam pakaian, makanan ataupun tempat tinggal. Aku berusaha mengangkat kalian ke tingkat orang-orang zuhud dan aku jauhkan kalian dari lumpur kemewahan.
Aku wasiatkan kepada kalian agar berpegang teguh kepada Aqidah Salaf (Ahlussunnah wal-Jama’ah) .
Jauhkanlah diri kalian dari sikap berlebih-lebihan. Baca dan hafalkanlah Al-Quran.
Jagalah lisan, bangunlah malam, lakukanlah puasa sunnah, bergaul-lah dengan orang-orang baik, aktiflah bersama gerakan Islam.
Aku wasiatkan kepada kalian wahai anak-anakku agar kalian ta’at pada ibu kalian dan menghormati saudara-saudara perempuan kalian (Ummul Hasan dan Ummul Yahya). Carilah ilmu syar’i yang bermanfaat. Ta’atilah saudara kalian yang terbesar (Muhammad) dan hormatilah dia.

Aku wasiatkan kalian agar saling mencintai sesama kalian. Berbuat baiklah kepada nenek dan datuk kalian (Ummu Faiz dan Ummu Muhammad), kerana keduanya-lah, setelah Allah, banyak berjasa baik kepadaku. Sambunglah hubungan keluarga kita dan berbuat baiklah kepada keluarga kita. Penuhilah hak persahabatan kita kepada orang yang bersahabat demi kita.



Maha Suci Engkau Ya Allah, dan Maha Terpuji Engkau. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah kecuali Engkau. Aku memohon ampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.

Isnin waktu Asar, 22 Sya’ban 1406H (20 April 1986)
Abdullah Yusuf Azzam
Wasiat ini ditulis oleh Sheikh Abdullah Azzam semasa jihad Afghanistan melawan Soviet Union masih berlangsung

Rabu, 4 Mei 2011

Apabila Datang Bisikan Syaitan, Katakan...

Rasulullah SAW mengajar kita cara mengahadapi serangan serta rayuan  syaitan dan pengikutnya. Rayuan syaitan ini menjerumuskan kita ke jurang kehinaan. Iblis sentiasa mengambil kesempatan daripada kelemahan kita tanpa kita sedari. Perhatikan dan hayati pesanan Nabi SAW ini.
 
Jika syaitan datang kepadamu dan berkata, "Anakmu mati."
Katakan kepadanya, "Sesungguhnya setiap makhluk yang hidup diciptakan untuk mati dan peniggalan dariku (anakku) akan masuk syurga."


Jika ia datang kepadamu dan berkata, "Hartamu musnah."
Katakan kepadanya, "Segala puji bagi ALLAH Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil lantas menggugurkan atasku kewajipan zakat."


Jika ia datang kepadamu dan berkata, "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun.”
Maka katakan kepadanya, "Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan atau muhsin."


Jika ia datang kepadamu dan berkata, "Betapa banyak kebaikanmu?"
Tujuannya untuk menjerumuskan mu agar bangga diri(ujub).
Maka katakan kepadanya, "Kejelekan–kejelekan ku jauh lebih banyak daripada kebaikanku."


Jika ia datang kepadamu dan berkata, "Alangkah banyaknya solatmu." 
Maka katakan kepadanya, "Kelalaianku lebih banyak dibandingkan dengan solatku.”


Jika ia datang dan berkata, "Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang miskin."
Maka katakan kepadanya, "Apa yang saya terima dari ALLAH jauh lebih banyak dari apa yang saya sedekahkan."



Jika ia berkata kepadamu, “Betapa banyak orang yang menzalimimu”.
Maka katakan  kepadanya, “Orang-orang yang kuzalimi adalah lebih banyak.”



Jika ia berkata kepadamu, "Betapa banyak amalmu."
Maka katakan kepadanya, "Betapa sering aku bermaksiat."



Jika ia datang dan berkata, "Minumlah minuman keras." 
Maka katakan kepadanya, "Saya tidak akan mengerjakan maksiat."



Jika ia datang kepadamu dan berkata, "Mengapa kamu tidak mencintai dunia?"
Maka katakan kepadanya, "Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya."

Ubudiyyah Dan Khilafah Satu Tuntutan Untuk Mencari Redha Allah

Firman Allah SWT : Al Baqarah : Ayat 30 dan Al Zaariat : 56

Persoalan Khalifah dan ubudiyyah belum berakhir dalam menuju redha Allah dan mengejar redhanya. Pengisian ubudiyyah dan Khalifah adalah satu kerja besar dalam dakwah dan jihad dijalan Allah SWT. Dan inilah yang menjadi amalan dan tujuan rasaul rasul diutuskan.

Selain daripada itu aktiviti –aktiviti ibadah umum dan khusus semuanya bukanlah menjadi matlamat, tetapi ianya adalah menjadi bekalan dan wasilah semata –mata. Diantaranya Doa, Qiam, al Quraan, Solat , zikir dan sebagainya. Semuanya ini adalah jalan untuk pembersihan jiwa dan untuk membina hati yang suci, bersih murni dan jernih.Oleh itu hati dan jiwa kita hendahlah sentiasa suci, bersih, jernih ,dan murni dalam memikul tugas dan tangungjawab ubudiyyah dan tugas sebagai khalifah Allah SWT.

Firman Allah: Asy Syams : 9 dan 10.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan jiwanya dan celakalah orang yang membiarkan jiwanya kotor…

Tazkiah nafsiah untuk membersihkan jiwa ini mestilah melalui amalan –amalan:
Taubat, istiqafar, zikir, Doa, bacaan Al Quraan, Qiam, munajat, sedekah, derma dan sumbangan

Dengan ini mujahadah atau melawan nafsu menjadi agenda kewajipan yang utama sehinggalah nafsu tidak lagi memerintah diri kita.

Firman Allah SWT : Al Fajr : 27-30

“ Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah kedalam jamaah hamba –hambaku dan masuklah kedalam syurgaku”.

Hati yang tenang , jiwa yang bersih sahaja yang mendapat belaian dan kasih sayang Allah SWT. Ia mendapat belaian manja Allah dan Allah redha dan diredhainya.

Para daei hendaklah sentiasa meletakkan Allah sebagai Rabbnya dan sentiasa mencari redhanya sekaligus menjadi jiwa yang radiah mardiyyah.

Kita hendaklah sentiasa memiliki rasa izzah dan mulia dengan kerja –kerja dakwah dan jihad, kerana kita yakin jika kita meninggalkan jihad kita akan dihina….Roh jihad hendaklah sentiasa disemarakkan dalam jiwa ummmah ini supaya kita tidak menjadi ummah yang hina dina.

Menurut Al Banna

Jihad adalah salah satu daripada rukun baiah. Rukun yang dimana dakwah tidak mungkin hidup kerana tidak ada roh jihad.

Mujahid Islam Al Romi Isfahani menyatakan tentang jihad ialah:

1. Jihad adalah mujahadah melawan musuh yang nyata.
2. Jihad adalah mujahadah melawan syaitan
3. Jihad adalah mujahadah melawan nafsu.

Manakala Dr Ali Alim Mahmud menyatakan bahawa Jihad itu ialah kita memanggil dan menyeru manusia kepada deen yang sebenarnya., dengan menggunakan tangan dan lidah. Berjihadlah kamu terhadap orang kafir dengan tangan –tangan kamu dan lidah kamu.

Makna jihad yang lain ialah

1. Melawan kafir dan munafik.
2. Melawan dan menghadapi pendokong –pendokong kesesatan.
3. Melawan nafsu
4. Melawan syaitan
5. Menjaga hati supaya sentiasa berhubung dan dekat dengan Allah.

Jihad dan dakwah akan dapat dicapai kejayaanya apabila ada 3 perkara:

1. Dengan pengertian iman dan segala maknanya
2. Dengan Taqwa dan pengertiannya yang luas.
3. Dengan takarut / menghampiri diri kepada Allah melalui berbagai wasillah dan caranya.

Rujuk Al Maidah : 35.

“ Hai orang –orang yang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadanya, dan berjihadlah pada jalan Nya, supaya kamu mendapat keuntungan”.

Jihad yang mendasari 3 perkara utama, iaitu :

1)Beriman 
2) bertaqwa 
3) mencarai wasillah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jihad merangkumi semua tempat, semua orang, semua zaman dan semua keadaan.