Jumaat, 29 April 2011

Noktah Bidayah (1)

Al Qur'an sentiasa mengatur persoalan pendidikan yang paling berkesan bagi membentuk sebuah masyarakat Muslim ditengah -tengah pengaruh jahiliah. Kini kita berdepan dengan realiti yang sama. Masyarakat kini sentiasa diserang oleh jahiliah sememangnya menghadapi banyak penyakit jika dipandang dari segi hubungan kita dengan Allah SWT, dengan islam dan dengan segala tuntutannya.

Di sini marilah kita sama –sama merenung dan meneliti semoga Allah SWT memberi kesempatan untuk kita faham, untuk kita sedar dan untuk kita yakin serta menghayati dengan apa yang ditulis oleh ulama’ Muktabar: ( Rujuk As Syahid Qutub dalam kitab Milestone : Bab Ke 2 )

“ Sesungguhnya Al Quraan telah mengubati permasalahan yang pertama dan permasalahan yang besar, permasalahan yang asasi, didalam deen yang baru ini ( islam ). Permasalahan aqidah ternyata lahir beraksi didalam kaedah pokok dan dasar ,iaitu Al Uluhiyah, Al Ubudiyyah, dan hubungan yang lahir ( apa yang berhubung dengan kedua –dua ) dari kedua-dua itu. "

Hati yang sentiasa dikuasai oleh Aqidah yang sihat, yang akan melahirkan Fikrah Islam. Di sini akan lahir nanti kefahaman islam yang mendalam dan kesedaran. Islam dalam kesedaran. Islam dalam keyakinan. Islam dalam melakarkan gerakkerjanya. Islam dalam penglibatan dan kesungguhan yang benar dan demi mencari redha Allah semata –mata.

Kita mendapat kefahaman islam dari proses kesedaran yang betul, sahih dan tepat sepertimana generasi Al Quran faham dan sepertimana generasi itu diproses. Kita kena kembali pada nokhtah yang betul dan bergerak dengan garis pandu yang betul demi melakarkan titik fokus dan sinar kebahgiaan sebagai hamba Allah dan Khalifah Allah SWT.

Marilah kita memahami, merasai dan menghayati kefahaman dan keyakinan ini dipentas kehidupan bersama cahaya hidayah dan redha Allah SWT. Segala ketekunan, kesabaran dan kegigihan dan pengorbanan masa, tenaga, diri dan seluruh yang ada ini adalah dalam rangka mencapai mardhatillah.

Penghayatan dan kefahaman ini akan bersatu membina kekuatan .Segala kefahaman, penghayatan, pengorbanan, ukhuwwah dan fikrah serta segala aspek pencernaan akan menjadi pemangkin generasi dakwah yang cukup jelas demi melahirkan ummah islam hakiki dalam realiti kini.

Sekian bicara ringkas kali ini dari Abu Huzaifah……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan