Sabtu, 30 April 2011

Manhaj Tarbiyah Islam

Islam telah melakarkan manhaj tarbawi yang menyatukan akidah dahulu sebelum penyatuan sistem dan aktiviti-aktiviti. Ini disebabkan penyatuan perasaan mendahului penyatuan undang-undang dan sistem. Pengertian yang agung danmulia ini jelas kelihatan dalam setiap cabang amal Islam. Manusia telah terbiasa untuk melihat kepada zahir atau bentuk luaran sesuatu dakwah. Mereka tidak mengendahkan aspek dorongan mental dan inspirasi ruh yang sebenarnya merupakan punca tenaga, sumber kekuatan dan faktor kejayaan.
Hampir mustahil sesuatu umat boleh bangun tanpa kesedaran dan kekuatan jiwa.

Firman Allah s.w.t.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "
(Ar Ru'du ; 11)

Oleh yang demikian, prioriti utama dakwah kita ialah usaha menyedar dan menghidupkan akal, hati, perasaan dan jiwa. Kita mahukan jiwa yang hidup, hati yang sentiasa segar, perasaan yang bersemangatt, akal yang faham, ruh yang bercita-cita besar untuk mencapai idealisme dan objektif yang tinggi. Semuanya itu kerana kita mencontohi dakwah yang pertama, dakwah Rasulullah s.a.w. Tasawur kita amat perlu dirujukkan kepada zaman Rasulul lah s.a.w. yang penuh dengan limpahan cahaya wahyu itu.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyemai benih-benih iman ke dalam hati para sahabat baginda terhadap keagungan risalah, rasa mulia dengan menganutnya dan rasa yakin dengan bantuan Allah. Baginda  menghidupkan perasaan-perasaan itu dalam hati para sahabat dan meletakkan objektif-objektif mereka dalam kehidupan ini. Daripada situ mereka bangkit bersama risalah yang tersemat di dada dan mushaf mereka, terjelma pada akhlak dan perbuatan mereka.

Maka terbinalah satu kemajuan nilai dan tamadun akhlak yang agung. Kekuatan dorongan perasaan dan kesedaran ruh yang mesti melimpahi jiwa manusia yang menjadi fokus dakwah kita seharusnya mempunyai kesan amali dalam kehidupan mereka.

la juga mestilah didahului dengan satu kebangkitan amal individu, keluarga dan masyarakat. Kebangkitan tersebut akan menjadikan individu contoh teladan yang akan memberi kesan pada insitusi keluarga. Keluarga yang baik akan  membentuk masyarakat yang baik. Masyarakat Islam ialah himpunan keluarga-keluarga yang menjadikan Islam sebagai manhaj kehidupan.

Islam tidak akan tertegak kecuali di atas bahu rijal yang dihimpun oleh manhaj tarbiyah amali (manhaj tarbiyah yang membentuk pcndukungnya untuk berkerja bukan semata-mata berteori dua berkata-k a t a semata mata). Mereka dipimpin oleh pemimpin yang bijaksana dan beriltizam dengan syariat Allah, sunnah Rasul-Nya dan amalan para salaf. Peranan dan kerja mereka semua tersusun dalam sebuah jamaah. Mereka bergerak dengan kuat dan penuh keazaman kerana didorong oleh aqidah, dipandu arah oleh tasawur ke arah perlaksanaan fikrah ke alam realiti.

Kesemua manhaj dan pengertian itu tidak dapat dilaksanakan dengan paksaan, tetapi hanya dengan tarbiyah secara perlahan-lahan yang menggabungkan di antara ilmu dan amal. Itulah sebabnya antara tugasan Rasul  s.a.w. ialah seperti firman Allah Taala.

"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummmiyin, seorang rasul (Muhammad s.a.w.) daripada bangsa mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (daripada itikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. "
(Al Jumaah; 2)

Mencontohi dakwah yang pertama

Dakwah Ikhwan Muslimin bukanlah suatu bidah tetapi ialah penerusan kepada dakwah yang pertama, dakwah Rasulullah s.a.w. Ikhwan cuba untuk menghidupkan semula iman di hati dan jiwa umat, agar ia lahir dalam tindak tanduk mereka. Jika mereka berbuat demikian nescaya pertolongan dan bantuan Allah akan bcrsama mereka. Oleh itu dorongan dalaman merupakan satu perkara penting yang tidak boleh dipandang ringan atau dilupakan kerana ia adalah faktor kejayaan asasi dakwah dan risalah ini. Risalah ini ialah risalah yang cuba memandu seluruh manusia kepada hidayah, membimbing mereka kepada kebaikan, menerangi alam dengan cahaya Islam seperti mana firman Allah:

 "Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenarbenarnya; Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan la tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susahpayah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. la menamakan kamu ; 'orang-orang Islam' semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kau pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan. "
(Al Hajj; 77-78)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan